Sunday 30 October 2011

Mungkin Ada Lagi..


Hari itu..ku biar berlalu..
  Dingin membeku,sayu melambaiku..
Melihat engkau berlalu pergi..
  Berakhir lah kini....


Mungkin jauh perlu aku sampaikan...
  Mungkin jauh untuk
Engkau rasakan...
  Perlukah CINTA begitu..?


Tanpa ku sedari...
   Pudarlah KASIHku disini..
Semua telah menjadi penghalang
   Kepada RINDU yang TERINDAH KASIH...


Setelah kau PERGI...
  Masih mekar bisik dihati...
Walaupun jauh dari CAHAYAmu..


Mungkin ada lagi KASiH..
  Mungkin ada lagi CiNTA..
Hanya ku bayangkan..
  Kau bukan milikku..
Untuk SELAMANya....


Mungkin ada lagi...
  Biarlah disini kasih..
Terkuburlah hati...
   sisa-sisa cinta padamu...
Mungkinkah ada lagi kasih dan cinta mu..??

Friday 14 October 2011

Mutiara Kata





Air mata wanita adalah senjata yang membuahkan kemenangan.


Sahabat sejati umpama pohon rindang tempat kita berteduh.


Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.


Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.


Terkadang, bukan kenangan buruk yang membuatmu bersedih, tapi kenangan indah yang kamu tahu, tak akan terulang kembali.


Bahagia sempurna adalah ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan tanpa menyakiti perasaan orang lain


Apa yg seharusnya kamu cintai, tautkan.. apa yang seharusnya kamu lepaskan, berikan! ikhlaskan!


Cinta dan keajaiban memiliki persamaan besar. Keduanya memperkaya jiwa dan mencerahkan hati


Masa lalu, jika kamu trlalu larut, brarti kamu menyia-nyiakan "masa kini" dan "masa depan"mu... Be grateful, n enjoy ur life


Pikirkan orang yang peduli tentang kamu. Jangan pikirkan orang yang tidak mempedulikan kamu. Itu hanya sia-sia


Jangan sesali apa yang sudah pergi. Jgn tangisi apa yang sudah tiada. Tetapi bangkitlah dan bina kembali apa yang telah hilang dan pergi..^_^

Monday 19 September 2011

~Aku hanya insan biasa~


Terkadang aku tidak percaya.
Datangnya rembulan dicelah malam yang kelam...
Sehingga membuat pungguk terus gila merindu..
Dan menelaa pasang surutnya ombak..
Lalu menghadirkan cinta dikehidupan seterusnya..

Mungkin,
Tak perlu lagi mengejar bayang...
Atau mengira siput-siput kecil ditepian pandai... 
Atau berlari mengejar ombak..
Dan menggenggam pasir ditepian pantai..
Semuanya hadir mengikut lumrah...
Atas izin Allah...
Ianya berbunga, berbuah dan bercahaya...

Ada nafas yang segar telah datang,
Dari taman raudha yang tak pernah tersentuh pancaindera..
Daifnya diri merendah gelita..
Saat pujiaan itu terlalu tinggi untuk diterima...

Bukan langkahku cuba diatur,
Atau kata disusun rata..
Atau mungkin suara dialun indah..
Tapi jika itulah persis ujianmu..
Si bidadari pun akan tersipu malu mendengarnya.

Aku insan yang biasa,
Segala yang ku punya adalah Alhamdulillah.. 

Wednesday 14 September 2011

::About Cintauntukain::





Jika kau lihat bintang dilangit, maka itulah persembahan diriku. Aku terlalu biasa, antara jutaan dikalangan manusia. Namun, terlalu sukar untuk melihat corak kesaktian hidupnya yg sebenar (apa yang ku rasa, ku fikir, ku amati dan ku telan) tapi apa yg pasti cahaya kerlipannya telah menceriakan suasana kegelapan di waktu malam..&_^

Tuesday 13 September 2011

::Pandang lah Pasangan mu Sebagai Kesempurnaan::






Pada suatu malam,sepasang suami isteri sedang menonton televisyen..…Rancangan apa tak dapat pula dikenal pasti.Tiba-tiba si isteri mendapat idea untuk mengisi masa lapang mereka.
Si isteri : Abang,nak tak kita catatkan sikap atau kelakuan kita yang tidak kita senangi.
Si suami : Untuk apa semua itu
Si isteri : Selain untuk mengenali abang dengan lebih rapat, kita juga boleh tahu apa sikap ayang yang abang tidak sukai dan begitulah sebaliknya
Si suami : Emmm…Baiklah
Si isteri : Tapi untuk lebih kepuasan dalam catatan kita nanti, kita berpisah tempat tidur malam ni.Untuk malam ni saja.
Setelah dipersetujui, malam itu mereka berpisah bilik tidur,si suami tidur di
ruang tamu manakala si isteri pula di bilik tidur.Mereka masing-masing kelihatan kusyuk mencatatkan segala keburukan masing-masing

Keesokan paginya,semasa pasangan ini bersarapan pagi, si isteri telah mengeluarkan hasil catatan semalamanya. 3 helai kertas semuanya.Penuh ketiga-tiga muka surat tersebut..
Si suami terkejut melihat sebanyak itukah buruknya sikapnya selama ini terhadap isterinya.Tetapi si suami bersahaja walaupun
dalam diam ada hati yang terluka..

Si isteri : Abang,sebelum ayang bacakan semua ini ayang minta maaf sekiranya ada yang menyinggung perasaan abang nanti.
Si suami : Tidak mengapa sayangku..Bacalah. ..
Si isteri pun membaca satu persatu tentang sikap suami yang tidak disukainya.
Si isteri terus membaca dan membaca sehinggalah tamat catatan yang terakhirnya. Dengan berpuas hati si isteri tersenyum kepada suaminya.
Si isteri : Sekarang giliran abang pula..
Si isteri berdebar-debar menunggu, Si suami mengeluarkan kertas-kertasnya,
Si suami : Sayang, abang minta maaf banyak-banyak sebab tidak ada apa yang perlu abang catatkan di kertas ini..Sesungguhnya sayang tidak ada kurangnya bagi abang.
Ketika saat abang menerima ijab dan qabul lagi, abang sudah sedia menerima sayang dengan sepenuh hati dan jiwa. Sayang merupakan anugerah yang dikurniakan ALLAH S.W.T. kepada abang.
Abang minta maaf sekali lagi jika selama ini terlalu banyak sikap abang yang tidak sayang senangi. Abang cuba membahagiakan sayang,tapi jika abang tidak mampu, MAAFKAN ABANG…….
Si isteri tidak terkata apa-apa….Yang ada cuma penyesalan yang sarat penuh di dada.Si isteri menangis di dada suaminya..Memohon keampunan… ….

Seorang suami apabila memandang dgn kasih sayang dan isteri pun memandang dgn kasih sayang maka ALLAH memandang kedua2nya dgn pandangan kasih sayang…bila suami memegang telapak tangan isterinya maka dosa2 kedberguguran dr celah jari tangan keduanyaua2nya … 


  • Pernah merasa putus cinta? Mesti pernahnya  kut… kalau pernah, I would say BAGUS! Kalau tak pernah maknanya anda belum lagi mengenal erti kehidupan percintaan yang sebenarnya.
As always, kita di sini, bukan untuk meminta perkara buruk itu berlaku atau mendoakan kecelakaan sebaliknya, kita mahu menimba pengalaman dan mengetahui sedikit pengetahuan yang mungkin dapat membantu untuk mematangkan diri di dalam menangani soal kehidupan di dalam percintaan.
Cuba kita tanya,
  • “Mengapa Allah berikan kegagalan cinta kepada kita? Mengapa Tuhan membiarkan kita putus cinta dengan orang yang kita amat sayangi?”
  • Pernah anda mendapat jawapan dari pertanyaan ini?
In my humble opinion,
  • Tuhan berikan kegagalan cinta dan takdir putus cinta itu adalah kerana Dia mahu kita belajar dari kegagalan itu agar kita menjadi manusia yang lebih sempurna. Dan dari pengalaman itu, kita dapat berkongsi dengan mereka yang kurang berpengetahuan.
sebab itulah kita patut  berkongsi kegagalan dan kejayaan dan berbagai-bagai masalah cinta yang I face myself, friends, and peoples around me…
  • Tentu saja I sedih bila putus cinta. Tetapi… apabila I dapat membantu walau hanya seorang untuk berjaya, kebahagiaan itu…is speechless!
“So, that’s why kita tak perlu bersedih sangat kerana putus cinta!”
Same things happen apabila sesebuah perkahwinan itu terpaksa melalui perceraian… Cuba kita tanya,
  • “Mengapa Allah berikan perceraian setelah kita berkahwin dengan penuh kebahagiaan?”
  • Pernah anda mendapat jawapan dari pertanyaan ini?
In my humble opinion,
  • Tuhan berikan perceraian itu adalah kerana Dia mahu kita lebih tabah. Dan yang paling utama, mungkin ada pasangan lain yang dapat memberi lebih kebahagiaan dan lebih menyayangi kita. Malah mungkin lebih menghargai segala-gala tentang kita.
  • Tentu saja kita akan sedih …amat sedih bila bercerai. Tetapi… apabila kita dapat menerima takdir dari yang Maha Esa, barulah kita akan dapat melihat betapa besar hikmah dari Allah s.w.t
“So, that’s why kita kena percaya dengan hikmah dari Allah barulah kita tidak  bersedih sangat”
Selalu kita tengok dan baca komen-komen dan pesanan-pesanan kat internet ni katanya, “Wanita baik hanya untuk lelaki yang baik begitulah sebaliknya!” <<–I don’t believe in that!
NOPE! Itu BUKAN cara Allah memberi takdir dalam hidup kita betul tak?  Selalunya, Tuhan akan buatkan kita melalui cabaran dan dugaan dalam hidup supaya kita belajar dari pengalaman perit itu. Tiada short cut dan jalan mudah beb…
  • Sama lah juga di dalam persoalan ini, kalau yang baik dapat yang baik… apa yang dia orang boleh belajar? Kalau yang jahat dapat yang jahat… semua perkara dah tahu! Mana pengajaran dan cabarannya?
To me, maksud sebenar di sebalik ayat itu adalah,
“Setiap orang yang baik adalah untuk mereka yang mahu berubah menjadi baik!”
Putus cinta berlaku adalah dari TAKDIR TUHAN, Dia mahu kita belajar dari setiap situasi yang berlaku. Jika yang baik hanya untuk yang baik…apa yang kita boleh belajar? Not so much. Kalau tiada putus cinta, cantik je percintaan tu… nothing laaa… that’s NOT LIFE!
Thats why selalunya,
Seorang yang baik, Allah sengaja temukan dengan yang tidak baik, untuk kita mengenali dan memahami erti kematangan hidup! Kemudian belajar membimbingnya menjadi insan yang baik dan beriman.
Ada seorang lelaki yang telah selalu berzina, kehairanan…
  • “Mengapa aku yang jahat dan jahil ini tetap mendapat isteri yang masih dara?” - Itulah takdir kasih dari Allah, masih memberi peluang kepadanya dan melihat samada dia mahu bertaubat dan kembali ke jalan yang diredhai atau tidak.
Si isteri juga kehairanan…
  • “Mengapa aku yang sentiasa beriman kepada Allah dan bertaqwa tapi masih dapat lelaki jahil dan yang hidupnya penuh dengan maksiat?” - Itulah satu cabaran dari Allah, bagi si isteri untuk membuka hati suaminya agar kembali beriman. Imagine jika dia dapat isteri yang sudah rosak akhlaknya…
Jadi, inilah baru betul caranya seperti yang selalu Tuhan mahu kita hadapi…iaitu melalui cabaran dan dugaan.
So, putus cinta, bercerai…semua itu adalah satu proses. Proses usaha kita yang Tuhan mahu kita belajar tabah menghadapi dugaan dan cabaran. Dia mahu kita belajar dari kesilapan serta menambahkan pengalaman dan matang agar kita menjadi manusia yang menghargai nikmat Allah, kemudian dapat berkongsi pengalaman itu dan membantu sesama manusia.
  • JADI, apabila berlaku putus cinta atau perceraian sekali pun, kita hadapinya dengan senyuman kerana, itu adalah pemberian dari Allah. Anugerah dari Tuhan yang Maha Esa.
Itulah ciptaan Tuhan yang maha agung, – which is, the balance of the universe, kestabilan hukum alam kita! ;) sehingga di lain waktu… InsyaAllah!   &_^

Sunday 4 September 2011

^_&

kadang-2 allah berikan kita matahari dan bulan..
turunnya petir dan kilat..
kita bertanya-tanya..
kemana hilang nye matahari dan bulan..
rupa-rupa nya allah berikan kita pelangi.. ^_^