Sunday 30 October 2011

Mungkin Ada Lagi..


Hari itu..ku biar berlalu..
  Dingin membeku,sayu melambaiku..
Melihat engkau berlalu pergi..
  Berakhir lah kini....


Mungkin jauh perlu aku sampaikan...
  Mungkin jauh untuk
Engkau rasakan...
  Perlukah CINTA begitu..?


Tanpa ku sedari...
   Pudarlah KASIHku disini..
Semua telah menjadi penghalang
   Kepada RINDU yang TERINDAH KASIH...


Setelah kau PERGI...
  Masih mekar bisik dihati...
Walaupun jauh dari CAHAYAmu..


Mungkin ada lagi KASiH..
  Mungkin ada lagi CiNTA..
Hanya ku bayangkan..
  Kau bukan milikku..
Untuk SELAMANya....


Mungkin ada lagi...
  Biarlah disini kasih..
Terkuburlah hati...
   sisa-sisa cinta padamu...
Mungkinkah ada lagi kasih dan cinta mu..??

Friday 14 October 2011

Mutiara Kata





Air mata wanita adalah senjata yang membuahkan kemenangan.


Sahabat sejati umpama pohon rindang tempat kita berteduh.


Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.


Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.


Terkadang, bukan kenangan buruk yang membuatmu bersedih, tapi kenangan indah yang kamu tahu, tak akan terulang kembali.


Bahagia sempurna adalah ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan tanpa menyakiti perasaan orang lain


Apa yg seharusnya kamu cintai, tautkan.. apa yang seharusnya kamu lepaskan, berikan! ikhlaskan!


Cinta dan keajaiban memiliki persamaan besar. Keduanya memperkaya jiwa dan mencerahkan hati


Masa lalu, jika kamu trlalu larut, brarti kamu menyia-nyiakan "masa kini" dan "masa depan"mu... Be grateful, n enjoy ur life


Pikirkan orang yang peduli tentang kamu. Jangan pikirkan orang yang tidak mempedulikan kamu. Itu hanya sia-sia


Jangan sesali apa yang sudah pergi. Jgn tangisi apa yang sudah tiada. Tetapi bangkitlah dan bina kembali apa yang telah hilang dan pergi..^_^

Monday 19 September 2011

~Aku hanya insan biasa~


Terkadang aku tidak percaya.
Datangnya rembulan dicelah malam yang kelam...
Sehingga membuat pungguk terus gila merindu..
Dan menelaa pasang surutnya ombak..
Lalu menghadirkan cinta dikehidupan seterusnya..

Mungkin,
Tak perlu lagi mengejar bayang...
Atau mengira siput-siput kecil ditepian pandai... 
Atau berlari mengejar ombak..
Dan menggenggam pasir ditepian pantai..
Semuanya hadir mengikut lumrah...
Atas izin Allah...
Ianya berbunga, berbuah dan bercahaya...

Ada nafas yang segar telah datang,
Dari taman raudha yang tak pernah tersentuh pancaindera..
Daifnya diri merendah gelita..
Saat pujiaan itu terlalu tinggi untuk diterima...

Bukan langkahku cuba diatur,
Atau kata disusun rata..
Atau mungkin suara dialun indah..
Tapi jika itulah persis ujianmu..
Si bidadari pun akan tersipu malu mendengarnya.

Aku insan yang biasa,
Segala yang ku punya adalah Alhamdulillah.. 

Wednesday 14 September 2011

::About Cintauntukain::





Jika kau lihat bintang dilangit, maka itulah persembahan diriku. Aku terlalu biasa, antara jutaan dikalangan manusia. Namun, terlalu sukar untuk melihat corak kesaktian hidupnya yg sebenar (apa yang ku rasa, ku fikir, ku amati dan ku telan) tapi apa yg pasti cahaya kerlipannya telah menceriakan suasana kegelapan di waktu malam..&_^

Tuesday 13 September 2011

::Pandang lah Pasangan mu Sebagai Kesempurnaan::






Pada suatu malam,sepasang suami isteri sedang menonton televisyen..…Rancangan apa tak dapat pula dikenal pasti.Tiba-tiba si isteri mendapat idea untuk mengisi masa lapang mereka.
Si isteri : Abang,nak tak kita catatkan sikap atau kelakuan kita yang tidak kita senangi.
Si suami : Untuk apa semua itu
Si isteri : Selain untuk mengenali abang dengan lebih rapat, kita juga boleh tahu apa sikap ayang yang abang tidak sukai dan begitulah sebaliknya
Si suami : Emmm…Baiklah
Si isteri : Tapi untuk lebih kepuasan dalam catatan kita nanti, kita berpisah tempat tidur malam ni.Untuk malam ni saja.
Setelah dipersetujui, malam itu mereka berpisah bilik tidur,si suami tidur di
ruang tamu manakala si isteri pula di bilik tidur.Mereka masing-masing kelihatan kusyuk mencatatkan segala keburukan masing-masing

Keesokan paginya,semasa pasangan ini bersarapan pagi, si isteri telah mengeluarkan hasil catatan semalamanya. 3 helai kertas semuanya.Penuh ketiga-tiga muka surat tersebut..
Si suami terkejut melihat sebanyak itukah buruknya sikapnya selama ini terhadap isterinya.Tetapi si suami bersahaja walaupun
dalam diam ada hati yang terluka..

Si isteri : Abang,sebelum ayang bacakan semua ini ayang minta maaf sekiranya ada yang menyinggung perasaan abang nanti.
Si suami : Tidak mengapa sayangku..Bacalah. ..
Si isteri pun membaca satu persatu tentang sikap suami yang tidak disukainya.
Si isteri terus membaca dan membaca sehinggalah tamat catatan yang terakhirnya. Dengan berpuas hati si isteri tersenyum kepada suaminya.
Si isteri : Sekarang giliran abang pula..
Si isteri berdebar-debar menunggu, Si suami mengeluarkan kertas-kertasnya,
Si suami : Sayang, abang minta maaf banyak-banyak sebab tidak ada apa yang perlu abang catatkan di kertas ini..Sesungguhnya sayang tidak ada kurangnya bagi abang.
Ketika saat abang menerima ijab dan qabul lagi, abang sudah sedia menerima sayang dengan sepenuh hati dan jiwa. Sayang merupakan anugerah yang dikurniakan ALLAH S.W.T. kepada abang.
Abang minta maaf sekali lagi jika selama ini terlalu banyak sikap abang yang tidak sayang senangi. Abang cuba membahagiakan sayang,tapi jika abang tidak mampu, MAAFKAN ABANG…….
Si isteri tidak terkata apa-apa….Yang ada cuma penyesalan yang sarat penuh di dada.Si isteri menangis di dada suaminya..Memohon keampunan… ….

Seorang suami apabila memandang dgn kasih sayang dan isteri pun memandang dgn kasih sayang maka ALLAH memandang kedua2nya dgn pandangan kasih sayang…bila suami memegang telapak tangan isterinya maka dosa2 kedberguguran dr celah jari tangan keduanyaua2nya … 


  • Pernah merasa putus cinta? Mesti pernahnya  kut… kalau pernah, I would say BAGUS! Kalau tak pernah maknanya anda belum lagi mengenal erti kehidupan percintaan yang sebenarnya.
As always, kita di sini, bukan untuk meminta perkara buruk itu berlaku atau mendoakan kecelakaan sebaliknya, kita mahu menimba pengalaman dan mengetahui sedikit pengetahuan yang mungkin dapat membantu untuk mematangkan diri di dalam menangani soal kehidupan di dalam percintaan.
Cuba kita tanya,
  • “Mengapa Allah berikan kegagalan cinta kepada kita? Mengapa Tuhan membiarkan kita putus cinta dengan orang yang kita amat sayangi?”
  • Pernah anda mendapat jawapan dari pertanyaan ini?
In my humble opinion,
  • Tuhan berikan kegagalan cinta dan takdir putus cinta itu adalah kerana Dia mahu kita belajar dari kegagalan itu agar kita menjadi manusia yang lebih sempurna. Dan dari pengalaman itu, kita dapat berkongsi dengan mereka yang kurang berpengetahuan.
sebab itulah kita patut  berkongsi kegagalan dan kejayaan dan berbagai-bagai masalah cinta yang I face myself, friends, and peoples around me…
  • Tentu saja I sedih bila putus cinta. Tetapi… apabila I dapat membantu walau hanya seorang untuk berjaya, kebahagiaan itu…is speechless!
“So, that’s why kita tak perlu bersedih sangat kerana putus cinta!”
Same things happen apabila sesebuah perkahwinan itu terpaksa melalui perceraian… Cuba kita tanya,
  • “Mengapa Allah berikan perceraian setelah kita berkahwin dengan penuh kebahagiaan?”
  • Pernah anda mendapat jawapan dari pertanyaan ini?
In my humble opinion,
  • Tuhan berikan perceraian itu adalah kerana Dia mahu kita lebih tabah. Dan yang paling utama, mungkin ada pasangan lain yang dapat memberi lebih kebahagiaan dan lebih menyayangi kita. Malah mungkin lebih menghargai segala-gala tentang kita.
  • Tentu saja kita akan sedih …amat sedih bila bercerai. Tetapi… apabila kita dapat menerima takdir dari yang Maha Esa, barulah kita akan dapat melihat betapa besar hikmah dari Allah s.w.t
“So, that’s why kita kena percaya dengan hikmah dari Allah barulah kita tidak  bersedih sangat”
Selalu kita tengok dan baca komen-komen dan pesanan-pesanan kat internet ni katanya, “Wanita baik hanya untuk lelaki yang baik begitulah sebaliknya!” <<–I don’t believe in that!
NOPE! Itu BUKAN cara Allah memberi takdir dalam hidup kita betul tak?  Selalunya, Tuhan akan buatkan kita melalui cabaran dan dugaan dalam hidup supaya kita belajar dari pengalaman perit itu. Tiada short cut dan jalan mudah beb…
  • Sama lah juga di dalam persoalan ini, kalau yang baik dapat yang baik… apa yang dia orang boleh belajar? Kalau yang jahat dapat yang jahat… semua perkara dah tahu! Mana pengajaran dan cabarannya?
To me, maksud sebenar di sebalik ayat itu adalah,
“Setiap orang yang baik adalah untuk mereka yang mahu berubah menjadi baik!”
Putus cinta berlaku adalah dari TAKDIR TUHAN, Dia mahu kita belajar dari setiap situasi yang berlaku. Jika yang baik hanya untuk yang baik…apa yang kita boleh belajar? Not so much. Kalau tiada putus cinta, cantik je percintaan tu… nothing laaa… that’s NOT LIFE!
Thats why selalunya,
Seorang yang baik, Allah sengaja temukan dengan yang tidak baik, untuk kita mengenali dan memahami erti kematangan hidup! Kemudian belajar membimbingnya menjadi insan yang baik dan beriman.
Ada seorang lelaki yang telah selalu berzina, kehairanan…
  • “Mengapa aku yang jahat dan jahil ini tetap mendapat isteri yang masih dara?” - Itulah takdir kasih dari Allah, masih memberi peluang kepadanya dan melihat samada dia mahu bertaubat dan kembali ke jalan yang diredhai atau tidak.
Si isteri juga kehairanan…
  • “Mengapa aku yang sentiasa beriman kepada Allah dan bertaqwa tapi masih dapat lelaki jahil dan yang hidupnya penuh dengan maksiat?” - Itulah satu cabaran dari Allah, bagi si isteri untuk membuka hati suaminya agar kembali beriman. Imagine jika dia dapat isteri yang sudah rosak akhlaknya…
Jadi, inilah baru betul caranya seperti yang selalu Tuhan mahu kita hadapi…iaitu melalui cabaran dan dugaan.
So, putus cinta, bercerai…semua itu adalah satu proses. Proses usaha kita yang Tuhan mahu kita belajar tabah menghadapi dugaan dan cabaran. Dia mahu kita belajar dari kesilapan serta menambahkan pengalaman dan matang agar kita menjadi manusia yang menghargai nikmat Allah, kemudian dapat berkongsi pengalaman itu dan membantu sesama manusia.
  • JADI, apabila berlaku putus cinta atau perceraian sekali pun, kita hadapinya dengan senyuman kerana, itu adalah pemberian dari Allah. Anugerah dari Tuhan yang Maha Esa.
Itulah ciptaan Tuhan yang maha agung, – which is, the balance of the universe, kestabilan hukum alam kita! ;) sehingga di lain waktu… InsyaAllah!   &_^

Sunday 4 September 2011

^_&

kadang-2 allah berikan kita matahari dan bulan..
turunnya petir dan kilat..
kita bertanya-tanya..
kemana hilang nye matahari dan bulan..
rupa-rupa nya allah berikan kita pelangi.. ^_^

Tuesday 16 August 2011




Cinta akan menyakitkan ketika kamu berpisah dengan seseorang, lebih menyakitkan apabila kamu dilupakan oleh kekasihmu, tapi cinta akan lebih menyakitkan lagi apabila seseorang yang kamu sayangi tidak tahu apa yang sesungguhnya kamu rasakan.


Seandainya kita di cipta utk menjadi satu, pasti suatu ketika, kita akan bertemu,Seandainya kita dicipta utk tidak bersatu, walau dekat selalu kau takkan jadi kepunyaan ku…”




bila cinta putus di tengah jalan usahlah bermuram menyakiti diri sendiri..bangkitlah dan mulakan cinta baru..kerana setiap cinta yang hilang pasti akan ada pengganti..usah mengharap pada yaNG tak pasti..usah merayu pada yang tak sudi..cinta pertama tak semestinya yang terbaik..setiap cinta mempunyai keunikan dan kehangatan yang tersendiri..janganlah terus terikat pada yang sudah pergi..smgt2...life must go on...:)




Kahwinilah orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang itu. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tetapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian diri sendiri daripada mengubah pendirian orang lain.


Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.


hidup perlukan pengorbanan..!!



Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda.


Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telah pun dibukakan untuk kita


Jgn kata kn cinta bila kau ingn mendustainYa
jgn kata kn syg bila kau tak syg
jgn kata kn rindu bila kau hanya menipu
jgn bnCI blg Cinta!


sbb ni mlbtkn hati n prasaan..:D




ada kalanya kita harus berhenti mencitai seseorang …..bukan karna orang itu berhenti mencintai kita…… tapi kita menyadari bahwa orang yang kita cintai lebih berbahagia bila bersama orang lain..


Meski hati teramat myanyangi nye..Izin la dia pergi mdapatkn kebahagian yang di cari...
Kerna diri ku percaya..suatu hari nanti Tuhan akan bagi yg terbaik untuk orang yang sabar
dan tabah....^_^


::Jangan terlalu Mencari Yang Sempurna ::












Jika kamu memancing ikan....?
Setelah ikan itu terlekat di mata kail...?
hendaklah kamu mengambil ikan itu....?
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia?
semula ke dalam air begitu saja....?
Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya....?
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup....?


Begitulah juga .........?
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...?
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....?
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....?
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu?
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....?


Jika kamu menadah air biarlah berpada,?
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... ?cukuplah sekadar keperluanmu....?
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula....?
Akhirnya ia dibuang....?


Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....?
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....?
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ?istimewa....?
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya....?
Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya....?
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....?


Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...?
yang kamu pasti baik untuk dirimu....?
Mengenyangkan. Berkhasiat....?
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?
Terlalu ingin mengejar kelazatan...?.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.....?
Kamu akan menyesal.....?


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....?
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu....?
MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU...?
Mengapa kamu berlengah,cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain,Terlalu mengejar kesempurnaan....?
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan MENYESAL....?

Saturday 13 August 2011

Aku Mencintainye ^_^

♥ Aku mencintainya, tanpa melihat kata "SEMPURNA" . . .
♥ Aku mencintainya dgn melihat segala kelebihan n kekurangan yg ia miliki ..
♥ Aku mencintainya dgn segala kesabaran n keikhlasan hatiku . . .
♥ Aku mencintainya dgn melihat agamanya, bkn fizikalnya . . .
♥ Aku mencintainya dgn sebentuk cinta yg ku punya . . .
♥ Aku mencintainya tanpa melebihi rasa cintaku padaNYA . .
 

Thursday 11 August 2011

siapa diriku di sisimu?




HembuSAN anGiN baYU..
MembaWA beriTA..bERITA yaNG mengeCEWA kAN kU..


KerNA CiNta kaMU..kU jadi begINI...
KerNA SayANG kaMU..kU teLAN seMUA..
BetaPA heBATnyE kAU di haTI iNi..


PengorbaNAN kU baGAI, tAK peNAH dihaRGAI..
ia baGAI anGIN yaNG berLALU..


betaPA HATi kU hancUR musNAH berdeRAi..
TidAK seORANG pUN yANG memaHAMi...
HAti dAN perasAAN kU..


kAU taK perNAH fikiRKAN aKU..
KenaPA Si dIA menjADi piliHAN mU..?
kU seDAR siaPA diRi kU diSiSi mU..


aPA yaNG terJADi..bukAN yaNG kU impiKAN..
naMUN kU tabAH kAN haTi Ini...
WaLAu buKAN kerELAAN kU...
HanYA pASRAH n reDHA denGAN ketenTUAN nYE..



Rindu Ku PadaMU tak Dapat KU Gambarkan..
tak dapat KU Luahkan dengan Kata-kata..
Hanya  AIRmata Yang Dapat aKU UNGKAPKAN..
raSA CiNTA daN RiNDU INi..


Monday 1 August 2011

Kalau dapat ku petik bintang di awan biru.. kan ku sematkn kedalam dada mu.. kalau dapat ku capai bulan mengambang penuh.. kan ku hadiahkan di harijadimu.. begitu la janji ku kepada mu..

Ya Allah….?


?Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan ya Allah… ya tuhanku yang maha mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi…?


?Tetapi ya Allah… Seandainya telah engkau takdirkan…. dia bukan miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku…. Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan….?


?Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti….?


?Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia… Walaupun tanpa bersama dengannya…?


?Dan ya Allah yang tercinta… Gantillah yang telah hilang…. Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… Walaupun tidak sama dengan dirinya…?


?Ya Allah ya tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku…. kerana engkau maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…?


?Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan di akhirat… Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Jangan engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran… Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….?


?Amin.. Ya Rabbal A’lamin. . ....